Wednesday, May 18, 2005

Kisah Cinta Tiga Segi (Part 1)

Hari tu adalah hari perkahwinan Fred & Julius. Hampir semua rakan rakan kami di Holland turut hadir kecuali Sakarin. Tapi kami tak terkejut pun Sakarin tak dijemput untuk hadir sebab Julius sangat benci kepada Sakarin. Bagi kami, Sakarin tetap rakan baik kami; bahkan dialah orang yang pertama kami kenali dari Holland. Selang dua hari selepas majlis perkahwinan itu, kami sempat bertemu Sakarin di rumah rakan kami (Ya & Martin) sebab diorang sedang menganjurkan family gathering untuk keluarga Martin. Sakarin bagitahu I yang dia tak kisah tak dijemput pun lagipun for him, he thinks this wedding thing is BULLSHIT. Amboii.. statement melaser dari dia! Manakan tak, dia dulu bersama Fred selama 5 tahun dan tak sekali pun Fred ajak diorang kawin! Anyway, itu hanya spekulasi I aje, mungkin betul agaknya jauh di sudut hatinya yang dia tak percayai institusi perkahwinan homoseksual ni!
Kami kenali Sakarin sejak tahun 1997. Masa tu beliau masih di Bangkok bekerja di Don Muang International Airport. Tetapi dalam masa yang sama, dia dah berkenalan dan bertemu muka dengan Fred dari Holland. Abang Novotnylah orang yang pertama ber-chatting dengan dia kat dalam internet tu. Akhirnya Sakarin dapat berhijrah ke Holland dan menetap di sana bersama Fred. Walaupun jarak umur yang agak jauh, hubungan mereka nampaknya agak serasi. Di dalam tahun 2000, selepas mendapat status residensi dengan kerajaan British, I dan Abang melawat mereka di Haarlem. Kami memang senang dengan mereka berdua kerana mereka sangat mesra dan peramah. Yang menjadi perbezaan antara Fred dan Sakarin ni hanyalah perwatakan mereka (Sakarin is very wild and likes to dance but Fred is quite quiet sometimes) dan Fred ni suka merokok!
Ehh panjang pulak cerita ni...macam cerpen pulak...okey, dipendekkan cerita, one day, maybe di sekitar tahun 2003, Sakarin berkenal kenalan dengan one Dutch guy melalu internet dan mereka bertemu beberapa kali secara sulit tanpa pengetahuan Fred. Tapi, sedangkan bangkai gajah tak boleh ditutup, inikan pula rahsia manusia... akhirnya Fred dapat tahu dan mulalah mereka bergaduh. Sakarin sempat keluar dari rumah dan menetap di tempat lain buat sementara waktu. Tetapi ye lah, kalau cinta tu takkan ke mana. Fred akhirnya menerima Sakarin semula dan Sakarin kembali tinggal di rumah mereka (by this time the house is under both their names). Walaubagaimanapun, hubungan ini tak kekal lama kerana Fred juga berlaku curang akhirnya dengan meniduri rakan baik Sakarin sendiri. Rakan baik Sakarin ini pun ada teman lelaki orang Dutch jugak! Konfius, kan?? Sempat tidur sesama sendiri pulak tu!
Akhirnya Sakarin pulak yang bengang. Jadi at this time, hubungan mereka memang dah tak boleh diselamatkan lagi dan dalam tahun itu juga mereka berpisah. Fred terpaksa membayar separuh daripada harga rumah mereka kepada Sakarin sebab legally Sakarin mempunyai hak ke atas separuh harga rumah itu (walaupun Fred lah yang bayar segala galanya untuk membeli dan decorate rumah itu!!!). Sebenarnya perangai Sakarin juga menjadi masalah kepada Fred sebab taste dia memang mahal mahal; kasut, baju, tiket kapalterbang ulang alik Amsterdam-Bangkok semuanya mahal mahal dan Fredlah yang banyak menanggung hutang piutang kad kredit beliau! Itu satu lagi sebab kenapa mereka berpisah.
Okey, once diorang berpisah dan Fred bayar harga rumah tu, mereka menjalani hidup masing masing secara solo. Dalam masa yang sama, Sakarin bersilih ganti teman teman lelakinya hingga rakan rakan kami di Haarlem selalu bagitahu kami yang mereka tak ingat siapa yang Sakarin asyik angkut ke sana ke mari dan kenalkan mereka kepada rakan rakan kami di situ. Fred pula masih keseorangan. In the mean time as well, rasanya Sakarin tetap ulang alik ke rumah Fred sebab barang barangnya masih banyak ada di situ. Entahlah kenapa Fred beri ruang kepada Sakarin untuk buat begitu? Masih adakah cinta di hati Fred buat Sakarin at that time???
(Bersambung....)

14 comments:

Lantern said...

Lantern was here...heheh

udunnowho said...

owhhh camtuh rupenyer citer dier...btw abg lee nieh cam ade bakat gak yerk tulih cerpen nieh... cube tulih skett, kalo free tulih online novel cam abg nz tuh... hehe(cadangan jerk)(^_^)v

Lee Novotny said...

Lantern..laaa wuz ere aje??hehehe

Ad.. thanks tapi tak ada masa laaa (padahal dok rumah aje ni)... tenkiu tenkiu... insyaAllah kalau ada inspirasi gitu

karlreef said...

waaa...fenin mak noks...mcm2 hal kan dunia nie...ooppsss...

Bicuculline said...

ihiks Bicu suka!! Sambung sambung...!!!

Lee Novotny said...

Karl..of course! Makin ramai berkawan makin banyak pengalaman yang boleh kita perolehi from them, right?

Bicuculline..thanks a lot u ols! InsyaAllah nak sambung skett lagi...

Irzan said...

hurm ... sungguh syahdu cerita itu!!! macam mana laa kisah cinta tiga segi ni ... adoi...

kesian si sakarin dandai tu .. dia orang siam ke? kenapa nama dia sakarin dandai? muehehehe...

lee~masuk my blog ada awan yang terpilu ... hehe... ni balas balik promotion itieeeww!!!~~

Lee Novotny said...

miruL... hai..ada pun buadk ni..ingatkan terkambus didalam timbunan buku buku kedoktoran ittew!
Thanks!
Hahhaahah Sakarin dandai,,bunyik macam menteri Sabah mana ntah..takk lah..dia ni Buddhist..even Julius yg Indonesian tu pun Buddhist

Bicuculline said...

ahaks Sakarain...macam Saccharine - sweetener! and Sakaran Dandai tu mmg Menteri Sabah tp tak hensem hik hik. sugar daddy boleh la.....hihihihi

Irzan said...

LEE!!! takleh komen ler kat ur tag-board! my comment pasal sakarin kat taggy tu kena delete he? hahahaha ... ingat free speech .. anyways sorry!! sorry sorry sorry!!~~

Lee Novotny said...

aaaak Saccharine! Betul tu..fisrt time we ols kenal dia, I thought, ni betul ke nama Siam ni?? bunyik mcm like u said, sweetener! :)

miruL!!! macam tu kaa?? aiyyooo..I rasa nak kena letak tag-board baliks laa..not flooble chatbox like urs...:( cian u

Eva said...

Ermm sapa nak Eva salahkan ekk...Sakarin ke Fred....but I will say Sakarin kot. Sbb dia pakai kredit card tak ingat dunia....ekekekekekekek

Lee Novotny said...

Eva..memang dia salah dalam hal itu.sebab kami pun risau ngan dia ni yang selalu berbelanja besar. Kengkadang tu (lepas cerai ngan Fred), he claimed that ada beberapa orang yang selalu "sponsor" dia beli tiket flight lah, beli baju mahal-mahal etc. Nak caya ke tak, I pun tak tahu!

Eva said...

Kaki kikis kot dia nie....