Tuesday, September 05, 2006

Fikir Punya Fikir

Last weekend, adik lelaki mak dah kawin dengan gadis pilihan hatinya, budak asal dari utara. Nanges hati mak meronta ronta nak balik sebab adik mak kawin tapi apa kan daya, kewangan mak makin kering kontang (padan muka hang sapa soh asik gi Europe???).

Masa adik mak yang sorang lagi kawin, mak bukan aje sempat balik, bahkan sempat jadi pengapit pulak tu hah!

No, actually mak dinch boleh balik sebab tiket bukannya murs murs skang nak balik Malaysia. Kalau nak murah kena naik Aeroflot kot???? Kalau nak mati cepat bolehlaaa, kan? Pastu kalau balik, bukan takat kita je nak berbelanja, nak belanja kuarga lagi..pastu kalau cousins mak ada anak, kena bagi duit kat diorang lagi.... so fikir punyer fikir, baik tak yah balik! Diorang ni mesti ingat mak dok luar negara ni kaya raya macam Kak Nita kot??? **matilaaa feeling Diva! Ye lah, Kak Nita ada Abg Mahathir, mak ada Avang... hiks....

Paling tak tahan sedey nyer bila mak dapat kad jemputan kawin from mak nyer mak menjemput bukan sahaja mak ke majlis kawin ittew bahkan jemput skals Avang dan anak anak dia! Haiyyooo missing opportunity of the life time gittew.

Tapi kan, fikir punyer fikir lagi, baik tak yah balik sebab mesti ramai dok tertanya tanya; orang ni dah umur 30+, belum kahwin, takde girlfriend, tetiba bawak balik omputih pulak... ni apa kes?

Hah kau?? Tak ke mrasa mak dan ayah mak kena soal nanti? Diorang soheh dah akan soal mak kalau mak kat situ tapi macam biasa mak akan buat muka seposen je!

Tak dapatlah mak merasa masakan sedap sedap majlis perkahwinan (ada barbeque pulak tu lagi katanya... mak nangis u ols!!!).. tapi fikir punyer fikir, baik tak yah sebab kang terlebih makan kang sapa yang rasa tak seksi?? Mak jugak! Susahlah nak mencikcur kalau cenggitu....

Kumpul beramai ramai sedara mara ni sedap juga sebenarnya... nak nak kalau time bergotong royong dan makan makan. Khabarnya majlis tu diadakan secara meriah sangat sebab abang abang dan akak akak adik ipar mak membiayai sepenuhnya majlis ittew.

Mak nangis sebab mak tak dapat nak bantu bayar buat majlis besar besar (majlis menyambut menantu gittew) camtu kat umah we ols kat Pantai Timur nanti. Abang dan akak dia semuanya kaya raya, mak je yang kabhi kushi kabhi gham, voleyy??

Oh well, whatever it is, I am still looking forward to go back to Malaysia next year to meet our extended family. Maybe by then adik ipar mak pun akan berbadan dua??? :)

Actually mak tak pernah mernah pun bertemu dengan adik ipar mak ni... tapi pernahlah bercakap sekejap ngan dia dalam phone. Orangnya manis, cantik, berbudi bahasa... jughuh kata orang Kelantan. On top of that she's quite independent with her own good job - career woman u ols!

Nantilah bila mak kawin ngan Avang nanti (entah bila?????) mak jemput diorang semua mai UK. Pastu mintak diorang buat majlis menyambut menantu kat Malaysia, voley??? **matilaaa kontroversi!


No comments: